Apple Dilaporkan Akan Melaburkan Sebanyak RM1.4 Bilion Untuk Kilang Micro LED Di Taiwan

Apple Dilaporkan Akan Melaburkan Sebanyak RM1.4 Bilion Untuk Kilang Micro LED Di Taiwan

Diterbitkan pada June 2, 2020 oleh .

Berita mengenai Apple menggunakan paparan Micro LED untuk pelbagai peranti-peranti mereka bukanlah sesuatu yang baru. Terdapat banyak laporan bahawa mereka akan menggunakan teknologi panel tersebut untuk peranti iPad, MacBook dan sebagainya dan beralih daripada menggunakan panel OLED.

Terkini, terdapat laporan baru bahawa Apple akan melaburkan sebanyak $330 (~RM1.4 bilion) untuk membangunkan kilang Micro LED di Taiwan didalam sebuah kerjasama dengan Epistar, pembekal LED terbesar di negara tersebut dan juga pembangun panel LCD AU Optronics.

Keputusan untuk menggunakan panel Micro LED adalah bukan sahaja untuk penggunaan kuasa lebih rendah. Panel ini juga lebih nipis daripada panel-panel lain yang digunakan, dan membolehkan Apple untuk mencipta peranti-peranti yang lebih nipis berbanding dengan sebelum ini.

Terdapat juga ura-ura mengatakan Apple ingin mengurangkan kebergantungan kepada Samsung untuk panel-panel mereka, dan ini selari dengan kehendak mereka untuk membangunkan komponen-komponen mereka secara kendiri.



TIPS & ULASAN