Cari @ Amanz

Gartner : Jualan Telefon Pintar Menurun 20% Pada Suku Pertama 2020

Oleh Aman

Link Copied!

Gartner, salah satu institusi yang membuat pelbagai analisa, kini mengeluarkan laporan baru, mengatakan jualan telefon pintar global menurun sebanyak 20.2% pada tiga bulan pertama 2020 ini. Salah satu sebab utama penurunan ini adalah kerana kesan penularan wabak Covid-19 yang membuatkan ekonomi dan operasi pelbagai negara terkesan.

Gartner Q1 2020

Kesemua lima jenama telefon pintar terkemuka dunia – Samsung, Huawei, Apple, dan Oppo memperlihatkan penurunan, kecuali Xiaomi yang memperlihatkan sedikit peningkatan kecil.

Samsung masih memegang takhta sebagai pengeluar nombor satu dunia dengan pegangan pasaran sebanyak 18.5%.

Memperlihatkan kesan paling tinggi adalah Huawei, yang mencatatkan penurunan sebanyak 27.3% berbanding tahun lepas. Selain kesan Covid-19 ini, Huawei juga terkesan kerana larangan dagangan di Amerika Syarikat, yang membuatkan peranti mereka tidak menyertakan perkhidmatan Google.

Sementara Apple dan Oppo pula dilihat terkesan kerana penutupan pengeluaran di China, sekaligus memberikan impak terhadap produk yang mereka boleh jual.

Xiaomi memperlihatkan peningkatan jualan kerana jualan peranti Redmi, selain penawaran saluran atas-talian mereka yang lebih kukuh berbanding jenama lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada impak Covid-19 ini akan berlanjutan untuk suku kedua 2020 atau sebaliknya.


Komen ()