Cari @ Amanz

Setel, salah satu aplikasi dompet digital yang memfokuskan kepada pengisian minyak oleh pemilik kenderaan di stesen Petronas, kini telah mengumumkan yang mana mereka telah menaik-taraf had dompet digital mereka kepada sehingga RM500.

Ini sekaligus memudahkan anda untuk menambah-nilai dompet digital Setel sehingga RM500, dan menggunakannya dalam pengisian minyak untuk sesuatu bulan dengan mudah.

Setel RM500

Peningkatan ini boleh dikatakan salah satu perkara yang dinantikan ramai. Sebelum ini, ia dihadkan kepada RM200, sekaligus menyukarkan pengguna dengan kereta besar yang memerlukan tambah-nilai dompet digital setiap kali selesai mengisi minyak.

Bagi anda yang menggunakan Setel, boleh menikmati ciri ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd