Cari @ Amanz

Sertai Demo Day Pemecut Digital Alpha Startup Pada 4 Jun Ini

Link Copied!

Program Pemecut Digital Alpha Startup yang dikelolakan oleh 1337 Ventures bermula sejak bulan lepas bakal melabuhkan tirainya pada minggu ini. Menjadi penutup program ini, adalah acara Demo Day iaitu pembentangan projek mereka pada 4 Jun ini.

Program ini disokong oleh KWSP, Bank Islam, dan juga Pristine Pharma dimana sepanjang bulan lepas, peserta telah mengikuti kursus secara atas talian dalam memecutkan perniagaan mereka. Peserta juga menerima sokongan dari AWS, Found8, iTrain dan juga AirTable, serta menerima sesi mentoring dari pelbagai penggiat startup.

Kini selepas beberapa minggu menjalani program ini dan menyiapkan prototaip mereka, sebanyak 10 startup akan membentangkan projek mereka pada Demo Day ini . Mereka ialah:

  1. Kapitani
  2. JomDigital
  3. HeroKita
  4. Uwlaa
  5. Ugo
  6. Joyfolk
  7. MYPlayschool
  8. Gigtrust
  9. SideHustle
  10. SUA

Acara Demo Day ini akan berlangsung pada 10 pagi – 12 tengahari, 4 Jun secara atas talian menerusi telesidang Zoom yang mereka adakan. Terdapat lima panel hakim yang akan menilai pembentangan mereka, dan orang awam serta pelabur lain boleh menyertai dan menonton acara Demo Day ini.

Bagi menonton pembentangan projek mereka, anda boleh mendaftar di sini.


Komen ()