Intel hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan pengilangan cip pemprosesan komputer generasi kelapan mereka, Coffee Lake.
Ini termasuklah pengeluaran untuk siri CPU Intel Core, Intel Pentium Gold dan Celeron yang dibina menggunakan teknologi proses Coffee Lake. Walaupun begitu, penghentian pengeluaran ini bukanlah bermakna siri CPU ini tidak boleh dibeli lagi.
Intel mengatakan bahawa pesanan untuk CPU-CPU ini boleh dibuat sehingga 18 Disember 2020 dan penghantaran terakhir adalah pada 4 Jun 2021.
Siri CPU Intel Coffee Lake telah dilancarkan pada bulan Oktober 2017 dan memperkenalkan peningkatan teras didalam siri CPU mereka, dan merupakan model dimana siri Intel Core i9 pertama diperkenalkan.