iOS 14 Mungkin Akan Diberikan Kepada Kesemua Peranti Yang Disokong iOS 13

iOS 14 Mungkin Akan Diberikan Kepada Kesemua Peranti Yang Disokong iOS 13

Diterbitkan pada June 3, 2020 oleh .

Setiap tahun kemas kini ke versi terkini iOS dinantikan oleh pengguna iPhone. Tetapi pada masa yang sama, mereka yang menggunakan peranti yang agak berusia akan mempunyai kerisauan mereka tidak lagi akan menerimanya dan sudah tiba masa untuk membeli peranti baharu. Tetapi menurut laman The Verifier, iOS 14 kelak akan menyokong kesemua peranti yang kini disokong oleh iOS 13.

iPhone 6SLaman tersebut memetik sumber dalaman yang juga merupakan pembangun untuk iOS 14. Berita buruknya pula ialah ini ialah versi terakhir iPhone SE, iPhone 6s dan 6s Plus akan disokong. Sekiranya benar iPhone 6s dan 6s disokong oleh Apple walaupun sudah berusia lima tahun. Senarai lengkap peranti yang dikatakan akan menerima iOS 14 adalah seperti di bawah.

  • iPhone SE (2020)
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone SE (2016)
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPod touch (generasi ke-7)


TIPS & ULASAN