Cari @ Amanz

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Buds+ Edisi Khas BTS Tertiris

Link Copied!

Apakah genre muzik yang paling popular di kalangan anak muda sekarang? Jika jawapan anda ialah K-Pop tahniah kerana anda meletakkan jari pada nadi anak muda. Kumpulan K-Pop yang paling popular di muka bumi sekarang ialah BTS dan nampaknya mereka akan berkolaborasi dengan Samsung untuk melancarkan produk edisi khas.

Hari ini imej pengolokan rasmi Samsung Galayx Buds+ edisi BTS telah tertiris ke arena web oleh @MaxWinebach. Beliau menemui imej ini dalam binaan terkini aplikasi Galaxy Gear yang telah dilancarkan. Keseluruhan tubuh dan pod pengecasan Galaxy Buds+ ini berwarna ungu dengan fon telinga pula berwarna hitam serta ungu. Ungu ialah warna rasmi BTS dan peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai Army.

Samsung akan mengadakan acara khas bersama BTS pada 9 Julai hadapan di Korea Selatan. Selain fon telingan nirwayar, mereka juga dipercayai akan melancarkan telefon pintar Galaxy S20 versi BTS dalam warna ungu. Tahun lalu mereka melancarkan peranti dan aksesori edisi terhad Black Pink dan meneruskan tema K-Pop mereka kini melancarkan versi BTS pula. Adalah Army sudah bersedia?


Komen ()