Razer Ornata V2 Diumumkan – Papan Kekunci Hibrid Mekanikal-Membran

Razer Ornata V2 Diumumkan – Papan Kekunci Hibrid Mekanikal-Membran

Diterbitkan pada June 3, 2020 oleh .

Selama ini terdapat dua jenis papan kekunci di pasaran iaitu mekanikal dan membran. Papan kekunci mekanikal adalah lebih tahan lasak manakala membran adalah lebih selesa digunakan. Razer telah melancarkan papan kekunci terkini mereka iaitu Razer Ornata V2 yang dilengkapi papan kekunci hibrid mekanikal-membran.

Hasilnya ialah papan kekunci yang lembut kepada jari ketika menaip tetapi mempunyai tindak balas seperti menggunakan kekunci mekanikal. Seperti kesemua papan kekunci Razer sebelum ini, Ornata V2 menyokong sistem lampu LED Razer Chroma. Sambungan kepada komputer adalah menerusi kabel USB.

Untuk menjadikan penggunaan lebih selesa, sebuah pelapik pergelangan tangan yang diperbuat daripada bahan leatherette turut disertakan. Akhir sekali terdapat butang kawalan media beroda pada bahagian atas papan kekunci. Razer Ornata V2 dijual pada harga RM499 sebuah.



TIPS & ULASAN