Cari @ Amanz

Black Shark 3 Pro Berharga RM4199 Di Malaysia – Hadir Dengan Butang Taktil Mekanikal

Oleh Aman

Link Copied!

Black Shark hari ini telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk Black Shark 3 Pro, iaitu RM4199. Ia akan dijual di pasaran Malaysia secara rasminya bermula esok, 4 Jun 2020.

Black Shark 3 Pro hadir dengan skrin 7.1-inci QHD OLED, menawarkan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 12GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Untuk rakamna gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 5MP (kedalaman). Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan butang taktil mekanikal.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini melalui Shopee bermula esok pada harga RM4199.


Komen ()