Cari @ Amanz

Inilah Yang Berlaku Sekiranya Anda Mencuri iPhone Dari Apple Store

Link Copied!

Minggu ini Amerika Syarikat digegarkan oleh insiden tunjuk perasaan bagi menunjukkan solidariti dengan kematian George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis. Tetapi pada waktu yang sama terdapat sebilang kecil golongan yang mengambil kesempatan untuk memulakan rusuhan dan melakukan rompakan. Antara yang menjadi mangsa rompakan ini ialah beberapa Apple Store.

iPhone, iPad, Apple Watch, MacBook dan iMac yang diletakkan di ruang pameran Apple Store telah dirompak begitu juga dengan stok di dalam stor. Tetapi apa yang mungkin tidak diketahui oleh perompak ialah, peranti demo di Apple Store dilengkapi sistem akan menyahaktifkannya apabila ia dicuri.

Di media sosial, imej di atas telah dimuat naik oleh individu yang dipercayai mencuri iPhone. Amaran akan dipaparkan untuk memulangkan semula dari lokasi ia dicuri serta peranti sedang dijejak dengan pihak berkuasa telah dihubungi.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, sistem GPS yang menjejak lokasi peranti boleh digunakan percuma dan oleh itu peranti boleh dikesan dengan mudah oleh pihak Apple selagi ia dihidupkan. Kesemua peranti yang dicuri kini tidak lagi boleh digunakan dan hanya bernilai sebagai alat ganti haram.


Komen ()