Cari @ Amanz

Semalam kami telah melaporkan bahawa pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengagihkan sebahagian besar daripada spektrum 700MHz kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan secara senyap.

Hari ini KKMM telah mengeluarkan sebuah kenyataan baru yang mengatakan bahawa spektrum yang diagihkan itu akan ditarik-balik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta-merta.

Menurut kenyataan tersebut, SKMM telah diarahkan untuk bukan sahaja menarik balik spektrum yang diagihkan, tetapi juga untuk mengkaji semula Arahan dan peruntukan yang disahkan sebelum ini.

Adakah ini bermakna pihak KKMM akan membuka semula proses tender dan memastikan bahawa syarikat-syarikat teknologi ini membida untuk spektrum secara terbuka seperti yang termaktub didalam Pelan Gentian Dan Kesalinghubungan Negara sebelum ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd