Illegear Mengemaskini Siri Komputer Riba Illegear Rogue Dan Onyx V Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 4000

Illegear Mengemaskini Siri Komputer Riba Illegear Rogue Dan Onyx V Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 4000

Diterbitkan pada June 3, 2020 oleh .

Illegear melancarkan siri komputer riba gaming Illegear Rogue dan Onyx V pada bulan April sebagai siri komputer riba berkuasa yang dikuasakan komponen-komponen terbaru daripada Intel dan NVIDIA.

Hari ini Illegear mengumumkan bahawa kedua-dua siri komputer riba tersebut kini tiba dengan pilihan untuk siri APU AMD Ryzen 4000H yang menambahkan lagi pilihan pengguna yang mungkin lebih gemar menggunakan CPU dari Team Red.

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan pilihan paparan IPS 15.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz, yang berbeza dengan pilihan Intel yang mempunyai paparan 144Hz.

Pilihan CPU termasuklah AMD Ryzen 5 4500H dan juga AMD Ryzen 7 4800H, memori DDR4 yang boleh ditambah sehingga 64GB dan storan SSD PCIe yang boleh dipilih.

Dari segi GPU, Illegear Onyx V Ryzen mempunyai pilihan GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, GeForce GTX 1650Ti dan NVIDIA GeForce RTX 2060.

Illegear Rogue Ryzen pula hadir dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, GeForce GTX 1650Ti dan NVIDIA GeForce RTX 2060.

Kedua-dua komputer riba Illegear Rogue Ryzen dan Illegear Onyx V yang dikuasakan APU AMD Ryzen 4000 ini sudah boleh mula dibeli melalui laman web Illegear. Illegear Rogue boleh dibeli pada harga bermula RM3899, manakala Illegear Onyx V bermula pada harga RM3499.



TIPS & ULASAN