Terdapat pelbagai gimbal kamera dipasarkan di Malaysia. Kesemunya memerlukan kuasa bateri untuk beroperasi dengan tempoh operasi sekitar tiga jam. Gimbal juga tidak kesemuanya kalis air yang menambahkan lagi kekurangan ketika menggunakannya. Bagi mereka yang malas mengecas dan ingin menggunakan gimbal dalam pelbagai cuaca, GravGrip telah dihasilkan khusus untuk anda.
GravGrip ialah gimbal yang menggunakan sepenuhnya sistem pemberat dan hidraulik untuk beroperasi. Dengan kombinasi kedua-dua sistem ini, ia mampu beroperasi sebagai gimbal untuk telefon pintar dan kamera aksi seperti GoPro. Kelajuan pergerakan gimbal dikawal menerusi pemberat manakala bahagian kepala menyokong putaran sehingga 360 darjah. Tanpa bateri, ianya kalis air tanpa perlu risau berlalu pintasan elektrik jika dibasahi air.
GravGrip kini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama KickStarter. Ia boleh disokong pada harga $29 (~RM 124) untuk kit asas atau $55 (~RM 234) untuk kit lengkap dengan kayu swafoto.