Tesla Akan Hadir Dengan Pelan Langganan Bulanan Untuk Perkhidmatan Swa-Pandu Mereka

Tesla Akan Hadir Dengan Pelan Langganan Bulanan Untuk Perkhidmatan Swa-Pandu Mereka

Diterbitkan pada June 3, 2020 oleh .

Tesla adalah jenama automotif yang dikenali ramai. Mereka menjadi popular kerana kereta elektrik yang dilancarkan, lebih-lebih lagi Model 3 yang dijual pada harga mampu milik. Bukan itu sahaja, kereta Tesla ini mempunyai sokongan fungsi swa-pandu yang mana pembeli perlu membuat bayaran tambahan jika membeli model asas kereta Tesla.

Terkini, Tesla dikatakan ingin hadir dengan pelan langganan bulanan untuk perkhidmatan swa-pandu ini. Menurut Elon Musk, ia mungkin akan diperkenalkan pada tahun ini sekitar hujung tahun kelak. Jika perkhidmatan ini dilancarkan, secara tidak langsung ia akan menjadi perisian-sebagai-perkhidmatan (Software-as-a-Service). Menurut Morgan Stanley (syarikat bank pelaburan), buat masa ini hanya 27% sahaja pemilik Tesla yang membayar harga penuh untuk mengaktifkan fungsi swa-pandu ini yang dijual pada harga $7,000 (~RM29,869). Harga langganan yang Tesla mungkin akan letak adalah $92 (~RM393) sebulan,

Sebenarnya, ini mungkin adalah satu langkah bijak untuk sebuah syarikat teknologi/automotif – kerana menjadi trend sesebuah syarikat “menjual” perisian untuk menambah keuntungan. Contoh Apple yang menurunkan harga jualan iPhone dan menyediakan perkhidmatan penstriman video. Tesla juga sebelum ini sudah pun secara perlahan hadir dengan pelan langganan bulanan ini untuk pakej Premium Connectivity yang ditawarkan pada harga $10 (~RM43). Ia adalah langganan untuk mengaktifkan fungsi pemetaan pandangan satelit dengan data trafik masa nyata, sokongan penstriman muzik, pelayar web dan juga sokongan kemas kini OTA melalui WiFi atau data mudah alih. Tesla juga ada membuat belian dalam aplikasi mereka, yang mana jika pengguna ingin mengaktifkan sesuatu ciri/fungsi pad kereta – mereka perlu membelinya.

Tambahan Morgan Stanley lagi, selepas membuat analisa – Tesla boleh mengaut keuntungan sebanyak 6% untuk jualan dan mencecah 25% untung kasar melalui perkhidmatan langganan ini. Bagi yang tidak tahu, Tesla sebenarnya tiada keuntungan langsung. Jadi dengan adanya perkhidmatan langganan ini, ia akan membantu Tesla membuat keuntungan.



TIPS & ULASAN