Carian
Realme Malaysia Mengacah Pelancaran Jam Tangan Pintar Tidak Lama Lagi
June 3, 2020 Aman

Realme Malaysia hari ini telah berkongsi video acah, memperlihatkan mereka bakal melancarkan jam tangan pintar pertama mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Realme Watch hadir dengan skrin 1.4-inci berwarna, dilengkapi dengan fokus terhadap kecergasan, kalis air, dan integrasi kemudahan menerima notifikasi daripada aplikasi dan juga telefon pintar, selain menyertakan sokongan untuk memantau kadar denyutan nadi.

Realme menggunakan aplikasi Realme Link untuk membolehkan pengguna mengawalnya melalui telefon pintar.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualannya masih belum diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Komen