Sony Malaysia kini telah mula mengambil pra-tempahan untuk kamera digital terbaru mereka yang ditujukan untuk rakaman vlog, iaitu Sony ZV-1.
Sony ZV-1 hadir dengan sensor 20.1-megapixel Exmor RS bersaiz 1-inci, yang menawarkan sokongan rakaman video 4K pada kadar 30fps, selain kebolehan skrin LCD yang boleh dibuka ke sisi.
Sony turut menyertakan sokongan beberapa mod mengkhususkan kepada penerbit kandungan di YouTube, termasuk penyertaan mod seperti “Background Defocus” dan juga “Product Showcase”.
Sony menawarkan kamera digital ZV-1 ini pada harga RM3399 di Malaysia. Pra-tempahan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2020 kelak. Setiap pra-tempahan juga turut hadir dengan kad SD 64GB dan bateri percuma.