Honor Play 4 Pro Kini Rasmi Dengan Cip Kirin 990, Sensor Untuk Menyemak Suhu Badan Atau Objek

Honor Play 4 Pro Kini Rasmi Dengan Cip Kirin 990, Sensor Untuk Menyemak Suhu Badan Atau Objek

Diterbitkan pada June 4, 2020 oleh .

Honor hari ini telah melancarkan siri telefon pintar baru dibawah Honor Play 4. Dua telefon pintar diperkenalkan, iaitu Honor Play 4 dan juga Honor Play 4 Pro. Mencuri perhatian semestinya telefon pintar dengan spesifikasi tinggi, iaitu Honor Play 4 Pro.

Telefon pintar ini meneruskan tradisi dengan menawarkan pengoptimasian untuk permua dengan menggunakan cip Kirin 990, selain turut dilengkapi dengan sokongan penyejukkan terbina.

Disamping itu, salah satu ciri yang membuatkan ramai tertarik dengannya adalah sokongan menyemak suhu badan atau objek berasaskan infrared. Sensor ini boelh membuat semakan suhu antara -20°C sehingga ke 100°C.

Honor Play 4 Pro

Honor Play 4 Pro

Dari segi spesifikasi penuh, ia menggunakan skrin 6.57-inci LCD, dilengkapi memori 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1. Ia menyertakan bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Honor Play 4 Pro

Untuk rakaman gambar, Honor Play 4 Pro menggunakan kamera utama 40-megapixel dibelakang, yang turut dilengkapi sensor 8MP: telefoto dengan zum optikal sehingga 3x, dan sokongan autofokus berasaskan lazer. Ia turut menyertakan dwi-kamera hadapan 32MP + 8MP. Honor menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi telefon pintar ini.

Bersama-sama pengenalan telefon pintar berspesfiikasi tinggi ini, pihak Honor turut hadir dengan variasi sedikit rendah, iaitu Honor Play 4.

Honor Play 4 menyertakan skrin 6.81-inci LCD, dilengkapi cip MediaTek Dimensity 800, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB UFS 2.1. Ia menggunakan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Honor Play 4

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menyertakan empat kamera belakang gabungan sensor utama 64MP, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 2MP kedalaman. Ia turut dilegkapi kamera swafoto 16-megapixel, dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi sokongan rangkaian 5G, dan hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.



TIPS & ULASAN