Samsung Galaxy A31 – Telefon Kuad Kamera Paling Mampu Milik Daripada Samsung

Samsung Galaxy A31 – Telefon Kuad Kamera Paling Mampu Milik Daripada Samsung

Diterbitkan pada June 24, 2020 oleh .

Umum mengetahui Samsung merupakan antara jenama pengeluar peranti yang terkenal di seluruh dunia. Selama operasi mereka, pelbagai model telefon pintar telah dipasarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak semua jenis golongan masyarakat. Antaranya adalah peranti kelas permulaan, kelas pertengahan, peranti mercu dan banyak lagi. Terkini, Samsung telah melancarkan telefon pintar dari kelas pertengahan, yang diberi nama Samsung Galaxy A31.

Jika kita lihat daripada corak pengeluaran kebanyakkan telefon pintar, kebiasaannya telefon pintar dengan sokongan kuad kamera hanya terdapat pada peranti daripada kelas atasan dan purata harganya adalah RM2000 dan keatas. Namun, ia berbeza bagi peranti Samsung kali ini, kerana mereka menyertakan sokongan kuad kamera pada harga yang sangat mampu milik.

Bagi Galaxy A31 ini, ia dilengkapi dengan gabungan sensor 48+8+5+5MP untuk rakaman sudut lebar, ultra lebar, makro dan kedalaman. Manakala bagi rakaman swafoto pula, sensornya adalah sebesar 20MP yang diletakkan dalam takuk Infinity U. Jika diingatkan semula pada tahun-tahun sebelum ini, kebiasannya kamera dengan kebolehan rakaman sudut kedalaman yang memberikan efek bokeh pada rakaman hanya terdapat pada kamera professional sahaja.

Namun, setelah menjalani pelbagai inovasi dan adaptasi yang serba canggih, kini hampir kesemua telefon pintar dilancarkan dengan sokongan rakaman bokeh. Kecanggihan teknologi masa kini menjadikan anda tidak lagi perlu berbelanja tinggi untuk memiliki kamera yang besar dan berat hanya untuk membuat rakaman seumpama jurugambar profesional. Malah, anda tidak perlu membawa kamera dan telefon pintar secara berasingan kerana ia telah digabungkan dan mudah untuk dibawa kemana mana.

This slideshow requires JavaScript.

Sekiranya anda inginkan rakaman gambar bokeh seperti jurugambar profesional, Samsung Galaxy A31 ini menyertakan fungsi rakaman yang cukup baik melalui efek Live Focus. Melaluinya, rakaman potret dengan bokeh anda menjadi lebih realistik setaraf jurugambar profesional. Tambahan pula, kamera ini menyertakan fungsi untuk melaraskan bokeh mengikut hehendak anda, samaada sebelum atau selepas rakaman diambil.

This slideshow requires JavaScript.

Samsung Galaxy A31 ini juga sesuai untuk anda yang gemar menghasilkan rakaman makro dan dalam masa yang sama sedang mencari telefon pintar yang mampu milik. Lensa 5MP makro pada telefon pintar ini membolehkan anda untuk menghasilkan rakaman yang jelas dan fokus walaupun subjek yang ingin dirakam berada terlalu dekat dengan lensa kamera. Hal ini kerana lensa makro ini menyokong untuk merakam gambar dengan jarak hanya 40mm tanpa perlu risau kehilangan fokus. Malah, rakaman ini juga membolehkan anda untuk mendapatkan kesan bokeh pada latar belakang subjek sekaligus menjadikan subjek lebih menonjol.

This slideshow requires JavaScript.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar Samsung Galaxy A31 ini, ia sudahpun mula dipasarkan di Malaysia. Untuk pasaran tempatan, ia boleh dimiliki pada harga RM1099 sahaja melalui laman rasmi atau pengedar-pengedar mereka. Namun, sekiranya anda membuat pembelian telefon pintar Samsung yang tertentu, anda berpeluang untuk mendapatkan beberapa tawaran hebat. Antaranya rebat RM100 dengan pembelian Galaxy A51(8GB RAM), rebat RM50 bersama Protection Plus secara percuma bagi pembelian Galaxy A31 dan juga A21s, serta Protection Plus secara percuma bagi pembelian Galaxy A11. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tawaran hebat kerana ia hanya berlangsung sehingga 30 Jun ini sahaja.

Beli: Samsung Galaxy A31 Sekarang

Penafian: Advertorial Daripada Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN