Terdapat beberapa pelayar web menarik di pasaran pada hari ini, dan salah satunya adalah Brave. Terbaru, pihak Brave mengumumkan yang mana kini pelayar web mereka mempunyai 15 juta pengguna aktif bulanan, dan hampir 5 juta pengguna menggunakannya secara aktif setiap hari.
Brave merupakan pelayar web yang dibangunkan daripada bekas CEO Mozilla, dan menjadi salah satu titik jualannya adalah penghalang iklan terbina padanya. Ia turut hadir dengan sokongan bahasa Malaysia.
Selain daripada itu, pelayar web ini turut mempunyai program Brave Ads tersendiri yang membantu penerbit kandungan menjana pendapatan tambahan.
Mereka juga turut menyertakan sejumlah ciri menarik lain, termasuk integrasi kriptowang, selain baru-baru ini bereksperimen dengan sokongan panggilan video.
Brave ditawarkan secara percuma untuk Windows, macOS, Linux, Android dan juga iOS. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya hari ini.
- Muat-Turun Brave