Cari @ Amanz

ZTE Axon 11 5G telah diperkenalkan di China sekitar Mac lalu dengan penggunaan cip pemproses Snapdragon 756G. Kemudian, ZTE memperkenalkan ZTE Axon 11 SE 5G pula dengan cip MediaTek Helio Dimensity 800.

Dalam diam-diam, ZTE kini memperkenalkan sebuah lagi ahli baru di bawah siri ini menerusi kemunculan ZTE Axon 11 4G. Jika diteliti, spesifikasinya dilihat hampir sama dengan versi 5G. Tetapi, perbezaan utama terletak pada penggunaan cip pemproses. Di mana, ZTE Axon 11 4G dijana oleh cip MediaTek Helio P70.

ZTE Axon 11 4G hadir dengan paparan AMOLED berukuran 6.47-inci dengan resolusi FHD+ . Nisbah aspek adalah 19:5:9 dengan rekaan paparan takuk kecil untuk kamera swafoto sebesar 20-Megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan.

Seterusnya, peranti ini didatangkan dengan kuad-kamera bersama gabungan lensa 64-Megapixel (utama) (f/1.89) + 8-Megapixel (sudut-lebar) (f/2.2) + 2-Megapixel (makro) (f/2.4) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4). Melengkapinya adalah bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas dan perisian yang digunakan adalah MiFavor10 berasaskan Android 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd