Korea Selatan Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pertama Memperkenalkan Rangkaian 6G

Korea Selatan Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pertama Memperkenalkan Rangkaian 6G

Diterbitkan pada Jun 4, 2020 oleh .

Pada masa kini, pelbagai negara sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan rangkaian 5G – yang mana menyasarkan penawaran rangkaian berkelajuan tinggi dengan kadar pendam rendah, sekaligus membuka kepada penggunaan peranti berhubung dengan lebih meluas.

Lanjutan daripada rangkaian 5G, kini beberapa negara telah mula melihat untuk memperkenalkan rangkaian 6G.

Antara syarikat yang kini bersaing dalam membangunkan penawaran infrastruktur untuk rangkaian 6G adalah termasuk Huawei dan juga Samsung.

Ini sekaligus turut membuatkan negara seperti China dan Korea Selatan bersaing untuk menjadi negara terawal menawarkan rangkaian 6G untuk pengguna mereka.

Untuk makluman, piawaian akhir untuk rangkaian 6G masih belum ditentukan lagi, dan spesifikasi untuknya dijangka akan ditawarkan sekitar 2023 kelak. Ini sekaligus akan membolehkan penawaran secara komersil seawal 2027 kelak.

Mengikut jangkaan awal, rangkaian 6G mungkin menawarkan kelajuan mencapai 1TB/s, atau 10 kali ganda lebih pantas berbanding 5G. Apa pun, ia juga mungkin hadir dengan beberapa perubahan – termasuk keperluan pusat pemancar pada jarak lebih dekat berbanding penawaran pada hari ini.

Melalui Nikkei, Korea Selatan menyasarkan ingin menjadi negara pertama untuk memperkenalkan rangkaian 6G secara komersil – dan dua syarikat yang mungkin menerajuinya adalah Samsung dan LG Electronics.

Selain Korea Selatan dan China, negara Jepun juga sedang melihat untuk menjadi terawal untuk menawarkan rangkaian 6G ini.



Paling Popular