Hotlink Kini Menawarkan Pakej Data Tanpa Had Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

Hotlink Kini Menawarkan Pakej Data Tanpa Had Dan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM35 Sebulan

Diterbitkan pada Jun 4, 2020 oleh .

Hotlink, penawaran perkhidmatan prabayar daripada Maxis, kini hadir dengan penawaran pakej baru, yang memberikan akses tanpa had untuk internet dan panggilan bermula serendah RM35 sebulan.

Melalui penawaran pakej baru, Hotlink dilihat memfokuskan kepada dua pelan baru – satu yang menawarkan internet dan panggilan tanpa had, dan satu lagi memfokuskan kepada mereka yang ingin menikmati video semata-mata.

Hotlink Prepaid Unlimited

Untuk pelan internet dan panggilan tanpa had, dua pelan bulanan disediakan, iaitu pada harga RM35 sebulan dan juga RM45 sebulan. Kedua-duanya menawarkan akses internet tanpa had, dan juga panggilan tanpa had untuk semua talian,

Pakej RM35 hadir dengan had kelajuan sekitar 3Mbps, sementara pakej RM45 sebulan pula hadir dengan had kelajuan 6Mbps dan juga penambahan akses premium percuma ke Viu.

Hotlink Prepaid Unlimited

Pelan ini tidak hadir dengan sokongan perkongsian hotspot, dan memerlukan pembelian add-on tambahan serendah RM1 sejam untuk tujuan berkenaan. Pihak Maxis turut menyatakan yang mana RM35/RM45 ini adalah harga promosi sementara, dan harga sebenar untuk pakej ini adalah RM38/RM48 sebulan.

Untuk pelan video pula, Hotlink menawarkan pakej bermula serendah RM25 sebulan yang hadir dengan akses internet pantas 4GB sebulan, dan 8GB internet untuk video. Pelan ini turut menawarkan data percuma 10GB sebulan (2.5GB seminggu). Internet untuk video pula boleh digunakan untuk tontonan YouTube, iFlix, Viu, Tonton, dan Astro Go.

Hotlink Prepaid Video

Bagi anda yang berminat atau menggunakan talian Hotlink, boleh menyemak penawaran promosi baru ini bermula hari ini.

Layari : Hotlink Prepaid Unlimited

Layari : Hotlink Prepaid Video



Paling Popular