Telegram Dikemaskini Dengan Ciri Suntingan Gambar, Video Dan Pelekat Yang Dipertingkatkan

Telegram Dikemaskini Dengan Ciri Suntingan Gambar, Video Dan Pelekat Yang Dipertingkatkan

Diterbitkan pada June 5, 2020 oleh .

Telegram ialah aplikasi pemesejan alternatif bagi mereka yang ingin keluar dari ekosistem Facebook. Aplikasi ini telah dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan pada sistem suntingan gambar dan video serta penambahan sokongan GIF beranimasi pada media yang dikongsi kepada semua.

Pertama sekali ciri suntingan gambar dan video kini mempunyai lebih banyak parameter yang boleh diubah. Pelekat beranimasi boleh digunakan pada kedua-dua gambar dan video. Apabila pengguna mengakses tab GIF, terdapat pilihan untuk melihat GIF yang sedang sohor kini di kalangan pengguna.

Bagi mereka yang menggunakan ciri Folder untuk menguruskan mesej di dalam aplikasi, proses memasukkan dan memadam mesej dari Folder juga telah dipermudahkan.

Telegram turut menambah animasi baharu khusus pada aplikasi Android. Animasi mesej audio yang dihantar dan proses memadam mesej kini hadir dengan animasi yang lebih lancar. Kemas kini aplikasi Telegram ke versi terkini untuk menggunakan kesemua ciri yang telah kami tulis di atas sekarang.



TIPS & ULASAN