Paparan skrin ultra-lebar dan melengkung boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai gamer yang inginkan pengalaman gaming yang unik.
Selain daripada kemaskini kepada siri komputer riba gaming Omen, HP juga telah memperkenalkan sebuah paparan gaming melengkung baru yang dinamakan HP X24c.
Paparan ini menggunakan panel VA (Vertical Alignment) bersaiz 23.6 inci yang mempunyai resolusi Full HD dan juga lengkungan 1500R ataupun 1500mm dan nilai kecerahan setinggi 300nit.
Digabungkan dengan kadar segar semula 144Hz dan teknologi paparan AMD FreeSync Premium, paparan HP X24c ini memastikan pengguna mempunyai pengalaman gaming yang lancar dan mengagumkan.
Dari segi pilihan I/O, ia dilengkapi dengan palam HDMI 2.0, DisplayPort 1.2 dan palam audio 3.5mm. Menurut HP, ia akan mula dijual di pasaran terpilih pada bulan Oktober kelak pada tanda harga $250 (~RM1200).