HP Pavilion adalah siri komputer riba gaming dari HP yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan siri Omen. Dari segi spesifikasi, kebiasaannya apa yang HP tawarkan adalah hebat dan berbaloi dengan harga. Terkini, mereka telah melancarkan HP Pavilion 16 iaitu saiz 16-inci pertama dalam siri ini dan ia mempunyai spesifikasi berkali ganda hebat dengan harga permulaan yang sangat berbaloi.
Skrin yang digunakan adalah 16.1-inci 144Hz FHD, pilihan pemproses sehingga Intel Core i7-10750H, memori sehingga 12 GB RAM, pilihan kad grafik sehingga NVIDIA RTX 2060 Max-Q (6GB), storan dalaman SSD 256GB atau 512GB dengan gabungan HDD 1TB, pembesar suara Bang & Olufsen, mempunyai port sambungan pembaca kad memori, USB-C, 2x UBS-A, RJ45 Ethernet, bicu audio dan HDMI 2.0.
Bateri adalah 52.5Wh dengan kuasa pengecasan 200W, menggunakan papan kekunci klasik siri Pavilion berwarna hijau dan warna koputer riba Shadow Black. Berat adalah 2.35KG dan komputer riba ini boleh dibeli pada harga serendah $800 atau sekitar RM3400 mengikut variasi.