Unifi Mobile Menawarkan Data Percuma 1GB LTE Sehingga 31 Ogos 2020

Unifi Mobile Menawarkan Data Percuma 1GB LTE Sehingga 31 Ogos 2020

Diterbitkan pada June 4, 2020 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melanjutkan lagi penawaran data percuma 1GB LTE untuk digunakan setiap hari antara 8 pagi ke 6 petang sehingga 31 Ogos 2020 kelak.

Menurut TM, semua pelanggan Unifi Mobile – pengguna prabayar #BEBAS dan pascabayar akan menerima penawaran percuma ini. Seperti biasa, data percuma akan digunakan terlebih dahulu, sebelum kuota yang dilanggan digunakan.

TM mengatakan penawaran data percuma yang diumumkan sebelum ini adalah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan yang dijadualkan berakhir pada 9 Jun 2020 kelak. Namun, kini dalam membantu pengguna dalam mengadaptasi norma baharu, TM memilih untuk melanjutkannya sehingga 31 Ogos 2020 kelak.



TIPS & ULASAN