Samsung Memperkenalkan Aplikasi Mengingatkan Basuh Tangan Untuk Galaxy Watch

Samsung Memperkenalkan Aplikasi Mengingatkan Basuh Tangan Untuk Galaxy Watch

Diterbitkan pada June 4, 2020 oleh .

Pada era penularan wabak Covid-19 ini, ramai pihak mengalakkan pengguna untuk sering membasuh tangan, untuk mengelak virus tersebar atau dibawa oleh seseorang. Selari dengannya, kini Samsung turut memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Galaxy Watch dalam mengalakkan perkara berkenaan, dinamakan Hand Wash App.

Galaxy Watch Hand Wash

Aplikasi ini kini telah ditawarkan melalui Galaxy Store, dilihat ingin membantu pengguna hadir dengan rutin kebiasaan untuk membasuh tangan sepanjang hari. Samsung mengatakan, membasuh tangan antara 6-10 kali sehari selepas sesuatu aktiviti, akan mengurangkan risiko jangkitan.

Dengan aplikasi Hand Wash, ia memberikan peringatan – seperti peringatan setiap dua jam sekali, dan pada masa yang sama memastikan anda membasuh tangan sekurangnya 25 saat setiap kali. Anda juga boleh menyemak aktiviti sepanjang minggu, dan melihat rutin basuhan tangan mereka.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy Watch, boleh menyemak Galaxy Store hari ini, dan memuat-turun aplikasi Hand Wash ini hari ini.



TIPS & ULASAN