Facebook Kini Memudahkan Anda Pindahkan Gambar Dan Video Dari Facebook Ke Google Photos

Facebook Kini Memudahkan Anda Pindahkan Gambar Dan Video Dari Facebook Ke Google Photos

Diterbitkan pada June 5, 2020 oleh .

Facebook hari ini telah mula menawarkan ciri memindahkan gambar dan video dari profil Facebook anda ke perkhidmatan lain. Buat masa ini, satu-satunya perkhidmatan yang disokong adalah Google Photos, dan dijangka ditambah lagi pada masa akan datang.

Dengan adanya ciri ini, ia memudahkan pengguna membuat salinan pendua untuk semua gambar dan video mereka di akaun Facebook ke perkhidmatan Google Photos.

Facebook DTP

Untuk melakukannya, anda hanya perlu:
1. Log masuk ke akaun Facebook anda. Pillih menu “Settings”.
2. Seterusnya, pilih tab yang dilabelkan “Your Facebook Information
3. Pilih “Transfer a copy of your photos or videos”.

Pengguna seterusnya akan dihubungkan ke laman Google untuk membuat pengesahan, sebelum salinan pendua dilakukan.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba ciri ini di Facebook hari ini.

Layari : Facebook DTP



TIPS & ULASAN