Samsung Galaxy S20+ telah dipasarkan di Malaysia sejak Februari yang lalu. Selepas hampir empat bulan. Samsung Malaysia kini menawarkannya dalam warna baharu Aura Red. Perubahan yang dilakukan pada warna yang ditawarkan sahaja dengan spesifikasi masih lagi sama seperti yang ditawarkan sebelum ini.
Warna Aura Red ini pada asalnya hanya dijual di Korea Selatan dalam jumlah yang terhad Black Pink. Di Malaysia Samsung Galaxy S20+ dilengkapi skrin 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X, memori 8GB RAM, storan 128GB, bateri 4500mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat kamera belakang, iaitu 12MP + 12MP + 64MP + depth, serta kamera swafoto 10-megapixel. Bagi yang berminat Samsung Galaxy S20+ Aura Red dijual pada harga RM3999 sebuah.