Cari @ Amanz

Teknologi pada asalnya diciptakan bagi memudahkan kehidupan seharian kita daripada analog kepada digital seperti transformasi sistem rekod daripada buku kepada komputer. Pada zaman yang serba canggih kini, hampir kesemua gajet kita mengalami proses inovasi. Jika dahulu kita perlu memeriksa kesihatan sendiri secara manual atau perlu berjumpa dengan doktor dan sebagainya, kini prosesnya menjadi semakin mudah. Hal ini kerana syarikat pengeluar peranti pintar sekarang masing-masing berlumba untuk menawarkan ekosistem pintar mereka yang tersendiri.

Bagi realme sendiri, selain melancarkan telefon pintar yang baik, mereka juga telah melancarkan pelbagai aksesori untuk ekosistem jenama mereka bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Baru-baru ini, mereka telah melancarkan realme Band dan juga realme Buds Air Neo untuk pengguna mereka yang gemar menjalani gaya hidup sihat sambil ditemani audio kegemaran.

realme Band ini merupakan gelang tangan pintar yang dibina dengan rekaan paparan berwarna yang minimalis. Menurut mereka, realme Band ini dilengkapi dengan skrin sebesar 2.4cm yang bersamaan 0.96 inci dimana ia mampu untuk memaparkan lebih daripada 65,000 warna. Untuk mengetahui seberapa luas paparan skrin gelang tangan pintar realme ini yang sebenar, ia dikatakan mampu untuk memaparkan sehingga 64 huruf pada satu masa. Malah, fungsi butang sesentuh padanya juga mampu untuk beroperasi dengan baik.

Tambahan pula, gelang tangan pintar realme ini dikatakan menyokong 5 peringkat kecerahan paparan yang boleh dilaraskan melalui aplikasi realme Link. Gelang tangan pintar ini juga dilengkapi dengan sensor graviti yang mana ia akan mengesan pergerakkan tangan anda apabila ia diangkat. Ini seterusnya membolehkan anda untuk menyemak data seperti masa, tapak, dan pelbagai notifikasi lain di skrin gelang tangan pintar ini.

Pada realme Band ini terdapat pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk menyemak kecergasan kita. Fungsi utamanya adalah untuk memantau kadar degupan jantung pengguna pada masa nyata. Bagaimana gelang tangan ini berkemampuan untuk membuat pemantauan sebegini? Ini adalah kerana realme Band ini dibina dengan sistem PPG yang merupakan alat pengukur degupan jantung masa nyata yang akan diperiksa dengan tepat untuk setiap 5 minit.

Realme Band

Melalui fungsi ini, ia mampu untuk menunjukkan bacaan degupan jantung melalui pencahayaan yang dipantulkan daripada bawah gelang tangan ini. Selain fungsi utama ini, terdapat pelbagai fungsi menarik lain yang anda boleh gunakan. Untuk mengecasnya pula, anda tidak perlu menggunakan wayar pengecasan kerana gelang tangan pintar ini boleh dicaskan secara terus pada port USB dengan mudah.

Jika kita lihat, sesetengah individu yang gemar bersukan atau mengamalkan gaya hidup sihat juga sering menggunakan fon telinga sebagai peneman aktiviti mereka. Jika anda salah seorang daripada mereka, maka realme Buds Air Neo adalah antara aksesori yang patut anda miliki. Hal ini kerana fon telinga daripada realme ini hadir dengan rekaan nirwayar yang mana membantu anda untuk membuat pergerakkan dengan lebih mudah sekaligus sesuai digunakan untuk bersukan.

realme Buds Air Neo ini dilengkapi dengan R1 True Wireless Chip yang menggunakan teknologi penghantaran audio yang lebih pantas dan stabil antara telefon pintar dengan fon telinga anda. Dengan bantuan daripada cip R1 ini juga, ia akan mengesan realme Buds Air Neo ini dengan lebih pantas sejurus selepas anda membuka bekas pengecasannya.

Apa yang menariknya mengenai fon telinga ini adalah kadar pendamnya (latency) yang sangat rendah dimana pihak realme menyatakan mereka telah mengurangkan kadar pendamnya sehingga 51%. Jadi, bunyi audio pada realme Buds Air Neo ini akan menjadi lebih selari dengan paparan video yang dipaparkan pada telefon pintar anda. Malah, fon telinga ini juga dilengkapi dengan sistem audio yang agak baik, iaitu 13mm DBB Driver. Jadi sekirannya anda bermain permua dan sambungkan audionya pada fon telinga ini, ia mampu untuk mengeluarkan audio yang lebih mendalam sekaligus dapat memberikan pengalaman pendengaran yang lebih mengasyikkan.

Selain audio yang mengasyikkan, fon telinga daripada realme ini juga mudah untuk dikawal. Untuk menjawab panggilan, memainkan dan memberhentikan audio, anda hanya perlu menyentuh realme Buds Air Neo ini sebanyak dua kali. Manakala untuk memainkan lagu seterusnya, anda hanya perlu menyentuhnya sebanyak tiga kali. Namun, sekiranya anda ingin menghidupkan atau menamatkan mod Super Low Latency, anda hanya perlu menekan dan menahan seketika pada kedua-dua belah fon telinga ini.

Kapasiti bateri yang ditawarkan pada realme Buds Air Neo ini pula agak memuaskan, dimana ia mampu untuk memainkan audio selama 3 jam tanpa pengecasan dan 17 jam sekiranya dengan pengecasan serta 1.5 jam untuk satu panggilan suara yang berterusan. Untuk pengetahuan anda, setiap fungsi yang terdapat pada realme Band dan juga Buds Air Neo ini dapat dikawal melalui aplikasi realme Link. Namun untuk penyambungan yang lebih mudah, anda boleh gunakan kehebatan pembantu suara peranti pintar anda untuk membuat kawalan dengan lebih pantas .

Bagi anda yang berminat untuk memiliki realme Band dan juga realme Buds Air Neo ini, anda boleh dapatkannya pada harga yang promosi melalui laman rasmi mereka di Shopee pada 22 dan 23 Jun 2020 ini. Bagi realme Band, ia dipromosikan pada harga RM79, manakala realme Buds Air Neo dipasarkan pada harga promosi RM149 sahaja. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan aksesori pintar daripada realme pada harga yang lebih berbaloi sekaligus memudahkan lagi untuk anda menjalani gaya hidup sihat dengan lebih baik.

Penafian: Advertorial Daripada realme Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd