Cari @ Amanz

MOSTI Melancarkan Global COVID-19 Index – Laman Interaktif Status Covid-19 Di Peringkat Global

Link Copied!

Sudah hampir tiga bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) berkuatkuasa di Malaysia bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19. Ketakutan mengenai wabak di awal PKP kini digantikan pula dengan sikap acuh tak acuh kerana ramai melihat kita telah berjaya meleperkan keluk. Tetapi sejauh manakah kejayaan kita jika dibandingkan dengan usaha negara lain di peringkat global?

Untuk mendapatkan data yang terkini dan terperinci ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Global COVID-19 Index (GCI) dengan kerjasama Pemandu, Sunway University dan Akademi Sains Malaysia. Menerusi laman ini data mengenai jumlah kes aktif, pesakit yang telah sembuh, kematian dan trend dapat dilihat secara global atau mengikut setiap negara. GSI ialah laman pemetaan kawasan penularan Covid-19 yang dijanjikan MOSTI pada Mac yang lalu,

Satu perbezaan ketara di antara Global COVID-19 Index dengan pelbagai laman dataraya lain seperti Google misalnya ialah paparan indeks pemulihan dan tahap keseriusan wabak Covid-19 setiap negara. Dengan GCI, MOSTI berharap perang menentang pandemik ini akan dapat diperhebatkan lagi menggunakan dataraya.


Komen ()