Kemaskini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Masalah Untuk Komputer Yang Menggunakan Storan Intel Optane

Kemaskini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Masalah Untuk Komputer Yang Menggunakan Storan Intel Optane

Diterbitkan pada June 5, 2020 oleh .

Kemaskini sistem operasi Windows 10 dan masalah berpisah tiada. Kemaskini terbaru Windows 10 May Update hadir dengan pelbagai ciri-ciri baru seperti penaiktarafan pelayar web Microsoft Edge ke versi Chromium dan sebagainya.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa kemaskini tersebut akan mendatangkan masalah untuk pengguna-pengguna komputer dengan storan Intel Optane, yang mempercepatkan akses data untuk storan perlahan seperti cakera keras.

Apabila sebuah komputer dengan storan Optane menerima kemaskini tersebut, komputer tersebut akan mengeluarkan popup yang memberitahu mengenai ralat “Intel Optane Memory Pinning” dengan kekerapan yang tinggi.

Microsoft sudahpun sedar mengenai isu ini, dan telah mengeluarkan pesanan pada komputer-komputer yang menggunakan storan Optane. untuk menunggu sehingga isu ini diperbaiki sebelum memuat-turun kemaskini tersebut.

Jika anda menggunakan komputer dengan storan Optane yang sudahpun dikemaskini dengan versi Windows 10 terbaru, Microsoft menyarankan anda menggulung semula kemaskini tersebut dan gunakan versi sebelum ini.



TIPS & ULASAN