Cari @ Amanz

Huawei mempunyai barisan aksesori audio dengan nama Freexxx (xxx adalah nama model) yang jelas sekali memberi maksud, bebas dari wayar. Mereka ada FreeLace, FreeBuds dan ada pelbagai variasi lain lagi untuk setiap siri. Terkini di China, mereka telah memperlihatkan Huawei FreeGo Portable Bluetooth Speaker. Seperti namanya sendiri, ia adalah pembesar suara Bluetooth dan dari gambar yang diperoleh dari sumber – ia dilihat adalah sebuah pembesar suara yang premium.

FreeGo menggunakan dua pemacu audio, menyokong Huawei Share melalui NFC untuk sokongan tambatan pantas, diafragma yang digunakan diperbuat daripada aloi aluminium untuk bass yang lebih berkuasa dan turut terbina adalah diafragma biologikal frekuensi-rendah untuk treble yang lebih baik. Selain itu, Huawei turut menambah sokongan satu-sentuh transmisi audio dan transmisi audio secara nirwayar dan mempunyai mikrofon terbina yang menyokong peredaman gema. Akhir sekali ia turut menyokong pengecasan pantas yang boleh bertahan selama 2 jam dengan 15 minit cas.

Buat masa ini harga dan tarikh jualan masih belum diumumkan. Tetapi Huawei dianggarkan akan melancarkan pembesar suara ini sekitar bulan Julai akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd