Cari @ Amanz

Dalam usaha mengalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup digital, disamping mengalakka lagi arena edagang tempatan, kerajaan kini telah mengumumkan sebuah kempen baru dinamakan “Shop Malaysia Online”.

Melalui kempen yang bakal dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan dan syarikat swasta, ia akan memfokuskan untuk mengalakkan rakyat tempatan berbelanja secara atas-talian.

Untuk tujuan berkenaan, sejumlah baucar diskaun dan kod promosi akan diberi melalui platform edagang. Implementasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat – termasuk pengumuman berkaitan platform edagang yang terlibat.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan ini, dan ia akan dipadankan dengan jumlah sama oleh platform edagang – sekaligus memperlihatkan penawaran baucar dan kod promosi bernilai secara keseluruhan mencapai RM140 juta untuk para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd