Cari @ Amanz

Oppo Reno4 Dan Oppo Reno4 Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Snapdragon 765G, SuperVOOC 2.0 65W

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo kini telah memperkenalkan keluarga Reno baru di China, iaitu Oppo Reno4. Dua telefon pintar diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Reno4 dan juga Reno4 Pro.

Kedua-dua telefon ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, sekaligus turut menawarkan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya. Tidak ketinggalan adalah sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 mencapai 65W bersama dengannya.

Oppo Reno4

Oppo Reno4 hadir dengan skrin 6.43-inci AMOLED, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Ia menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, selain dilengkapi bateri 4020mAh.

Untuk rakaman gambar, Oppo Reno4 hadir dengan kamera utama 48MP dibelakang, dilengkapi sensor 8MP ultra-lebar dan 2MP sensor mono. Untuk swafoto pula, ia menyertakan dwi-kamera gabungan 32MP + 2MP.

Oppo Reno4 Pro

Oppo Reno4 Pro pula hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh bersama dengannya.

Dari segi rakaman gambar, hanya Oppo Reno4 hadir dengan beberapa penambahan menarik, termasuk sokongan OIS. Ia mengguakan sensor utama 48MP dibelakang, dilengkapi sensor 12MP ultra-lebar, 13MP telefoto untuk zum digital sehingga 20x. Ia hanya menyertakan satu kamera hadapan sahaja, iaitu 32MP.

Kedua-dua telefon pintar ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Memandangkan siri Oppo Reo3 baru sahaja memasuki pasaran tempatan, mungkin ia akan mengambil masa sedikit lama sebelum sampai ke Malaysia.


Komen ()