Cari @ Amanz

Tahun 2020 mungkin boleh dinobatkan sebagai tahun fon telingan nirwayar dilancarkan secara besar-besaran oleh kesemua pengeluar peranti. Sempena pelancaran Oppo Reno4, Oppo Enco W51 turut dilancarkan dan ini ialah sebuah lagi fon telinga dengan sistem pembatalan hingar aktif.

Oppo Enco W51 mempunyai rekaan earbuds yang menurut Oppo dapat mengurangkan hingar sehingga 35 dB apabila sistem ANC diaktifkan. Enam buah mikrofon digunakan bagi memastikan hingar dapat ditapis dengan efektif. Fon telinga juga mempunyai sokongan kawalan sesentuh untuk muzik dan menyeru pembantu maya.

Dengan piawaian IP54, Enco W51 boleh digunakan untuk aktiviti bersukan. Bateri sebesar 25 mAh membolehkan muzik didengari selama 4 jam berterusan atau 3.5 jam dengan ANC diaktifkan.

Apabila digunakan bersama pod pengecas berbateri 480 mAh, waktu operasi bertambah sehingga 24 jam. Pengecasan boleh dilakukan secara berwayar menerusi port USB-C atau nirwayar. Di China Oppo Enco W51 ditawarkan pada harga RMB 500 (~RM300) dalam warna putih, hitam dan biru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd