DXOMark yang sering hadir dengan skor untuk memperlihatkan keupayaan sesuatu kamera, kini telah pun menerbitkan skor untuk rakaman kamera OnePlus 8 Pro.
Melalui apa yang diperlihatkan, OnePlus 8 Pro menerima skor sebanyak 119 – sekaligus memposisikannya dihadapan Samsung Galaxy S20+ dan juga Apple iPhone 11 Pro Max.
OnePlus 8 Pro hadir dengan sensor utama 48-megapixel dihadapan yang menawarkan gambar pada output 12MP, dilengkapi sensor telefoto 8MP, sensor ultra-lebar 48MP, dan juga sensor penuras warna 5MP.
OnePlus 8 Pro dikatakan menawarkan hasil rakaman gambar yang baik, kadar hingar pada gambar yang rendah, kadar exposure yang jitu, serta sokongan autfokus yang pantas. Namun, terdapat sedikit kekurangan ketika rakaman ultra-lebar dan rakaman malam.
Untuk rakaman video, ia turut hadir dengan pewarnaan yang baik, sertta penstabilan yang efektif. Namun, terdapat sedikit ketidakstabilan untuk autofokus, dan terdapat sedikit kesan hingar pada hasil rakaman.
Di Malaysia, OnePlus 8 Pro ini ditawarkan pada harag RM3699.