Cari @ Amanz

Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pelan data 1GB percuma setiap hari dari 10 Jun sehingga 31 Disember bagi tujuan pembelajaran dan produktiviti di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Tidak seperti data percuma 1GB yang diberikan ketika tempoh PKP sebelum ini, pelan PENJANA kini mengehadkan penggunaan percuma kepada aplikasi pembelajaran dan produktiviti sahaja. Ini bermakna ia tidak boleh digunakan untuk aplikasi media sosial, penstriman video, penstriman muzik dan permua.

Permua Penstriman Muzik Media Sosial Penstriman Video
Arena of Valor Apple Music Bigo Bigo
Call of Duty JOOX Facebook DailyMotion
Free Fire Shazam Instagram FB Live
King of Duty Smule Snapchat IGTV
Legend of Runeterra Sound Cloud Telegram JOOX
Life After Spotify TikTok Netflix
Lords Mobile SYOK Tumblr TikTok
Mobile Legends QQ Music Twitter Viu
PUBG Mobile WeSing WeChat YouTube
Rise of Kingdoms YouTube Music YY YY

Bagi pengguna yang mungkin mempunyai kekeliruan aplikasi apakah yang tidak lagi boleh menikmati data percuma Celcom, Digi, Maxis, TM Unifi dan U Mobile telah mengeluarkan senarai 40 aplikasi seperti yang dipaparkan di atas. Pada waktu artikel ini ditulis, hanya pelanggan lima syarikat telekomunikasi mudah alih di atas akan menikmati penawaran PENJANA.

Pada waktu yang sama akses kepada laman e-pembelajaran Classruum, Udemy dan SunagoLearn dapat dilakukan tanpa had. Pengguna Microsoft Office 365 dan aplikasi telesidang Zoom juga turut boleh  diakses tanpa had. Akhir sekali penggunaan aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace juga boleh diakses secara percuma bagi menyokong usaha kerajaan menentang Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd