Carian
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Sehingga 31 Ogos 2020 – Anda Digalakkan Menggunakan Aplikasi MySejahtera
June 7, 2020 Aman

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan yang mana bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 kelak, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dilaksanakan. Selari dengannya, sejumlah aktiviti perniagaan dan sosial akan dibuka secara lebih meluas, tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Antara yang turut dibenarkan adalah perjalanan rentas negeri, pembukaan kedai gunting rambut, kebolehan melakukan aktiviti sukan dengan lebih meluas, dan operasi perniagaan yang kembali seperti sebelum ini.

Selari dengannya, kini Perdana Menteri kini menyeru pengguna supaya menggunaka aplikasi MySejahtera dalam usaha untuk memudahkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri, mengikuti info semasa dan sebagainya. MySejahtera juga akan memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan dengan cepat, tepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera juga turut boleh digunakan untuk tujuan mendaftar masuk kesejumlah premis, dan merekodkan kunjungan anda.

Seperti biasa, sama-sama kita berdisiplin dan menjaga penjarakkan sosial dalam usaha mengurangkan penularan kes Covid-19 ini.

Komen