Perang antara negara kini tidak lagi dilakukan di dunia fizikal semata-mata. Tentera Israel misalnya mempunyai askar siber yang menentang persepsi pro Palestin sejak lebih dua dekad yang lalu. Pengintipan atas talian kini semakin penting sehingga menyebabkan perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat. Adalah penting bagi sesebuah negara untuk mempunyai askar digital bagi menghalang perbatasan maya diterjah. Kementerian Pertahanan United Kingdom minggu lalu baru sahaja mengumumkan penubuhan rejimen siber pertama negara mereka untuk tujuan yang sama.
Rejimen Semboyan ke-13 ialah rejimen siber pertama dalam sejarah tentera United Kingdom. Ia ditugaskan menjadi keselamatan rangkaian di dalam dan luar negara ketika anggota melakukan operasi. Dunia atas talian ialah perbatasan yang dilihat semakin penting di masa hadapan.
Rejimen Semboyan ke-13 pada asalnya ditubuhkan ketika perang dunia kedua dengan tujuan menggunakan teknologi radio dan isyarat berkuasa tinggi yang pada waktu tersebut dilihat sebagai teknologi terkini. Ia kemudian melakukan pengintipan ketika Perang Dingin di Berlin sebelum dibubarkan pada tahun 1994 apabila tidak lagi diperlukan.