Cari @ Amanz

Redmi 9 Disenaraikan Pada Laman Edagang – Memperlihatkan Penyertaan Bateri 5020mAh, Empat Kamera Belakang

Oleh Aman

Link Copied!

Redmi merupakan salah satu sub-jenama dibawah Xiaomi yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar pada harga mampu-milik dengan spesifikasi yang baik. Selepas pengenalan Redmi Note 9 tempoh hari, kini pihak Redmi dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Redmi 9 pula.

Redmi 9

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, menariknya telefon pintar Redmi 9 kini dilihat telah pun disenaraikan pada laman Lazada Filipina.

Melalui apa yang disenaraikan, Redmi 9 hadir dengan skrin 6.53-inci LCD, dijana cip MediaTek Helio G80, menggunakan memori sehingga 4GB RAM, dan dilengkapi storan 64GB eMMC 5.1.

Melengkapkan ia juga adalah empat kamera belakang gabungan 13MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 5MP (makro), selain kamera swafoto 8-megapixel. Pengimbas cap jari diletakkan dibelakang dibawah susunan kamera.

Redmi 9 juga dilihat hadir dengan bateri 5020mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui kabel USB-C.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan dilancarkan secara rasminya. Melalui penyenaraian, ia dilihat membawakan harga 7990 Peso, iaitu sekitar RM685.


Komen ()