Carian
Visioniox Mengumumkan Pengeluaran Skrin Dengan Kamera Terbina
June 8, 2020 Effi Saharudin

Oppo ialah pengeluar terawal menghasilkan peranti konsep dengan kamera yang terbina di bawah skrin tetapi sehingga kini ia masih belum dijual kepada umum. Hari ini, Visionox yang merupakan pengeluar skrin dari China mengumumkan pengilangan skrin dengan kamera terbina secara meluas.

Dengan penggunaan teknologi ini, peranti tidak lagi perlu menggunakan takuk atau lubang kamera untuk kamera hadapan. Video produk yang diberi nama IV see ini dikongsi oleh @UniverseIce menerusi akaun Twitter sebentar tadi. Dari video tersebut, kamera akan hanya kelihatan apabila diperlukan dan terletak di bahagian paling bawah lapisan skrin.

Masih tidak diketahui pengeluar manakah yang akan menjadi yang pertama menggunakan teknologi tetapi panel skrin mereka sebelum ini digunakan oleh Xiaomi.

Komen