Huawei Nova 7 Dan Nova 7 SE Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Nova 7 Dan Nova 7 SE Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 8, 2020 oleh .

Huawei Malaysia kini telah menghantar sebuah video acah kepada Amanz, memperlihatkan yang mana mereka akan melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Nova 7 dan juga Nova 7 SE.


Kedua-dua telefon pintar ini dijangka hadir dengan sokongan 5G – walaupun masih belum boleh digunakan di Malaysia, selain turut menggunakan sokongan aplikasi melalui Huawei AppGallery.

Huawei Nova 7

Huawei Nova 7 merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi tinggi, dilengkapi skrin 6.53-inci OLED, dijana cip Kirin 985, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Huawei Nova 7 SE merupakan telefon pintar dengan spesifikasi sedikit rendah, hadir dengan cip Kirin 820, kamera swafoto 16MP, dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Buat masa ini, tarikh penjualannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan Huawei telah mula mengacahnya, kita akan mendengar lanjut mengenai tarikh pelancaran dan harga jualannya tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN