Acara pengumuman mengenai konsol permainan generasi akan datang Sony PlayStation 5 sepatutnya berlangsung pada 4 Jun yang lalu, tetapi telah ditunda ke tarikh yang tidak diketahui lagi oleh kerana insiden tunjuk perasaan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.
Terkini, nampaknya tarikh pengumuman baru acara tersebut telah tertiris ke arena web melalui iklan di platform penstriman Twitch. Melalui iklan tersebut, Sony akan mengadakan sebuah acara digital pada 11 Jun pada jam 9PM BST (British Summer Time).
Iklan ini ditemui oleh pengguna Twitter @ZhugeEX, yang juga seorang penganalisa permainan video yang cukup dikenali di platform media sosial tersebut.
This is what the ad looks like. pic.twitter.com/D19AzzT2aK
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) June 8, 2020
Selain daripada imej yang tertera, beliau turut memperlihatkan video iklan mengenai acara tersebut didalam bahasa Jerman.
See you Thursday, June 11 at 1:00pm Pacific time (9:00pm BST) for a look at the future of gaming on #PS5: https://t.co/9XJkXYProo pic.twitter.com/8EoN34UPdd
— PlayStation (@PlayStation) June 8, 2020
Kemaskini: Pihak PlayStation baru sahaja mengesahkan bahawa acara PlayStation 5 akan berlangsung pada tarikh yang dilaporkan menerusi sebuah ciapan di Twitter.