Cari @ Amanz

HTC Mengacah Pelancaran Peranti Baru Pada 16 Jun

Oleh Aman

Link Copied!

HTC kini telah mengemaskini laman HTC Taiwan, dan memaparkan sebuah imej khas, mengacah pelancaran peranti baru pada 16 Jun 2020 kelak. Daripada pelbagai spekulasi, HTC dijangka memperkenalkan Desire 20 Pro pada acara berkenaan.

HTC Acah 16 Jun

HTC Desire 20 Pro dijangka akan hadir dengan spesifikasi pertengahan, berkemungkinan dijana cip Snapdragon dibawah siri 6xx. Gambar acah turut memperlihatkan penggunaan kamera pada bahagian berlubang di skrin, selain penyertaan beberapa modul kamera pada bahagian belakang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Jun ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh HTC melalui pelancaran peranti baru mereka ini kelak.


Komen ()