Cari @ Amanz

Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20+ Edisi Khas BTS Pula Tertiris

Link Copied!

Berdasarkan perkhabaran terbaru, Samsung dalam perancangan untuk memperkenalkan beberapa produk edisi khas BTS tidak lama lagi. Ia termasuklah model Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy Buds+. Sebelum ini, kami pernah berkongsi artikel mengenai imej pengolokan Samsung Galaxy Buds+ yang tertiris.

Kini, giliran Samsung Galaxy S20+ pula tertiris dan imej pengolokan memperlihatkan rekaannya secara menyeluruh telah dikongsi. Peranti ini dilihat bukan sekadar hadir dengan kemasan berwarna ungu dan logo BTS sahaja. Sebaliknya, Samsung juga dilihat menyertakan ikon berbentuk hati yang kecil pada perumahan kamera utama.

Seperti kita tahu ini merupakan peranti edisi khas, jadi kami boleh mengagak ia juga akan didatangkan dengan sejumlah kandungan khas yang menarik seperti imej latar belakang daripada BTS sendiri. Samsung dijadualkan muncul dengan peranti ini pada 9 Julai kelak.


Komen ()