IBM Akan Menghentikan Pembangunan Teknologi Pengecaman Dan Analisis Muka

IBM Akan Menghentikan Pembangunan Teknologi Pengecaman Dan Analisis Muka

Diterbitkan pada June 9, 2020 oleh .

Diantara teknologi yang berkembang dengan pesat saban tahun ialah teknologi pengecaman muka yang digunakan bukan sahaja pada peranti-peranti pengguna, tetapi juga di pelbagai jenis industri seperti sekuriti dan pengawasan.

Terkini, CEO IBM, Arvind Krishna telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua aktiviti pembangunan dan penyelidikan berkaitan teknologi pengecaman muka.

Beliau menzahirkan kerisauan bahawa teknologi tersebut disalahguna oleh pelbagai pihak, termasuklah penguatkuasa undang-undang dan kerajaan.

Ini disahihkan oleh laporan daripada National Institute of Standards and Technology yang mengatakan bahawa teknologi pengecaman muka yang banyak digunakan sekarang tidak begitu tepat dan menyebabkan kesilapan pengecaman muka orang yang tidak berkulit putih yang cukup serius.

Pihak IBM berkata mereka bukan sahaja akan berhenti membangunkan teknologi pengecaman muka, tetapi tidak akan mengesyorkan mana-mana teknologi pengecaman yang ada di pasaran sekarang.

 



TIPS & ULASAN