Cari @ Amanz

Komputer Riba Xiaomi Akan Datang Mungkin Hadir Dengan Pengecas Pantas 120W

Link Copied!

Xiaomi turut mampu memperlihatkan inovasi dalam produk seperti telefon pintar, aksesori, komputer riba, peranti berhubung dan banyak lagi. Antara produk yang sehingga hari ini mereka tidak lancarkan adalah sistem pengecasan pantas 100W mereka yang mula diperlihatkan pada Mac tahun lepas. Ia diberi nama Super Charge Turbo dan boleh mengecas peranti degan 4000mAh dari 0% sehingga 100% dalam masa 17 minit sahaja. Salah satu sebab kenapa ia tidak dilancarkan adalah isu keselamatan dan mereka belum temui jalan penyelesaian lagi.

Tetapi, Xiaomi mungkin belum mengalah. Mungkin tidak bersedia untuk telefon pintar – tetapi mereka temui jalan alternatif untuk gunakan pada komputer riba mereka terlebih dahulu. Terkini, Xiaomi dilihat mempunyai pengecas pantas 120W. Pengecas ini mempunyai nombor model MDY-12-ED dan mempunyai kuasa sehingga 20V. Piawaian yang digunakan adalah berasaskan Power Delivery. Ada kemungkinan pengecas ini adalah jenis PPS, yang mana boleh mengecas dari 15W dan mencapai sehingga 120W. Tidak pasti lagi sama ada pengecas ini akan dijual begitu sahaja atau akan disertakan sekali dalam pembelian komputer riba, tetapi ia adalah satu pengecas universal yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Harapnya jika ia dilancarkan, tiada isu pengecas mudah digodam seperti pengecas 65W mereka sebelum ini.


Komen ()