Vivo Y50 Dengan 6GB RAM Akan Ditawarkan Dengan Harga Promosi RM799 Pada 12 Jun Ini

Vivo Y50 Dengan 6GB RAM Akan Ditawarkan Dengan Harga Promosi RM799 Pada 12 Jun Ini

Diterbitkan pada Jun 9, 2020 oleh .

Vivo telah muncul dengan penawaran model Vivo Y50 untuk pasaran tempatan sekitar bulan Mei lalu. Peranti ini hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan dan sebelum ini ia ditawarkan pada harga RM1,099 untuk variasi 8GB RAM dan storan 128GB.

Terkini, Vivo hadir dengan satu lagi variasi peranti Vivo Y50 dengan penawaran memori lebih rendah iaitu 6GB dan storan 128GB. Ia ditawarkan pada harga RM999. Namun, orang ramai boleh mendapatkan peranti ini pada harga promosi RM799 sahaja pada 12 Jun ini secara eksklusif di Lazada! Mesra diingatkan, promosi masa terhad untuk sehari sahaja dan sementara stok masih ada.

Sekadar makluman, Vivo Y50 hadir dengan skrin 6.53-inci pada resolusi FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 16-megapixel, selain empat kamera belakang gabungan sensor 13MP + 8MP + 2MP + 2MP.



Paling Popular