Kerajaan Menubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia – Dipengerusikan Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Kerajaan Menubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia – Dipengerusikan Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Diterbitkan pada Jun 9, 2020 oleh .

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menubuhkan sebuah badan pengawasan telekomunikasi baru yang dinamakan Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut, MPKM dibangunkan untuk membolehkan kerajaan berbincang dan mendapatkan input daripada pihak-pihak pemegang taruh tentang cara terbaik untuk membangunkan infrastruktur dan dasar-dasar telekomunikasi dan multimedia negara.

Badan MPKM ini akan dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah bersama-sama dengan 14 individu lain yang terdiri daripada golongan profesional, akademik, kerajaan dan sebagainya.

Buat masa ini kami telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk penjelasan mengenai perbezaan skop kerja mereka dan badan MPKM yang baru ditubuhkan ini. Kami akan mengemaskini artikel ini apabila kami menerima penjelasan daripada mereka.



Paling Popular